HI ADIK-ADIK..!!
MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGKAJI TENTANG PLANET DALAM SISTEM SURIA KITA..!!
Sistem Suria (Solar System) merupakan satu sistem najam yang terletak dalam galaksi Bima Sakti dan terdiri daripada satu bintang yang dipanggil matahari dan dikelilingi oleh lapan buah planet dan 162 bulan. Selain itu terdapat juga planet-planet, asteroid, meteoroid, planetoid, komet dan awan debu antara planet. Dari 1930 ke 2006,Pluto merupakan planet ke-9 tetapi telah diturunkan pangkat menjadi planet kerdil oleh IAU. Sistem suria dipercayai terbentuk sekitar 4,600 juta tahun dahulu hasil pengumpalan gas dan habuk di angkasa yang membentuk mataharidan kemudiannya planet-planet yang lain.
Komponen utama sistem suria ialah Matahari (simbol astronomi); satu bintang G2 yang mempunyai 99.86% jisim sistem dan mengekalkannya dengan daya graviti. Disebabkan oleh jisimnya yang besar, matahari mempunyai kepadatan yang cukup tinggi untuk menahan pelakuran nuklear, yang menghasilkan tenaga yang amat banyak, kebanyakannya disinarkan ke angkasa dalam bentuk sinaran elektromagnet, termasuklah cahaya nampak. Objek terbesar yang mengelilngi matahari, Musytari dan Zuhal mempunyai jisim 90% dari baki jisim sistem suria. (Taburan komet di sempadan sistem yang dipanggil awan Oort, sekiranya dapat dipastikan dijangka mempunyai jisim yang besar juga.)
APAKAH PLANET-PLANET YANG TERDAPAT DI SISTEM SURIA..???
UTARID
Merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari kira-kira 57.9 juta km. Ia juga merupakan planet yang terkecil dalam sistem suria. Diameternya adalah 40% lebih kecil daripada Bumi dan 40% lebih besar daripada Bulan. Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid,matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah.
ZUHRAH
Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari. Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi. Zuhrah tidak mempunyai lautan tetapi mempunyai atmosfera yang mengandungi peratus gas karbon dioksida yang tinggi, tidak mempunyai wap air tetapi mempunyai titisan asid sulfurik. Dikenali sebagai "rumah hijau" kerana mempunyai gas karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosfera.Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid. Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.
BUMI
BUMI merupakan planet ketiga daripada matahari. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 billion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.
MARIKH
Marikh merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida.
MUSYTARI
Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet Marikh dan Musytari.
ZUHAL
Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Terdapat 60 bulan mengorbit planet ini.
URANUS
Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama denganNeptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripadagergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakkannya terdiri daripada ais dan batu.